Kisah Misteri RnR Temerloh : Rezeki Yang Tidak Diduga

Dipetik daripada satu akaun facebook Rashidah Rashidi.

Menurutnya, beliau berhenti seketika di RnR Temerloh kerana terasa pening kepala dan lapar. Dipendekkan cerita datang seorang 'wanita' berbaju hitam bersama dengan 'bayi' kecilnya singgah duduk di hadapannya. 'Wanita' tersebut merayu-rayu meminta pinjam wang daripada beliau. Alasannya kerana purse sudah hilang dan kereta kehabisan minyak.















Setelah itu, beliau terus mengejar 'wanita' tersebut lantas memberi semua wang yang ada dalam purse beliau. Kemudiannya beliau pon berasa kenyang dan pening-pening juga sudah tiada lantas terus meneruskan perjalanan pulang. Setibanya di tol Bentong, pekerja itu bertanya kepada beliau mengapa meletakkan wang di celah wiper? Beliau amat 'blur' kerana sepanjang perjalanan beliau tidak perasan terdapat wang terselit di celah wiper. Namun begitu, beliau memberhentikan keretanya di tepi highway dan mengambil wang tersebut. Beliau mendapati wang itu bernilai RM50 sebanyak 20 keping (RM1000). Persoalannya, siapakah yang meletakkan wang tersebut di situ? Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Foto yang didakwa 'wanita'
dan 'bayi' berkenaan

wang rm50 yang
diselit di wiper

#Credit kepada si pemilik FB

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

COPYRIGHT@HENTAMKAU BLOGSPOT